LAPORAN MAJLIS TAUTAN MUHIBBAH
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-MUMTAZ
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-MUMTAZ
PENDAHULUAN
Firman Allah S.W.T bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
At-Tahrim : 6
Untuk julung kalinya, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Mumtaz telah mengadakan program perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga pada tarikh seperti yang di bawah. Cadangan mengadakan program ini adalah daripada penaung dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Mumtaz yang melihat tentang pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak mengikut acuan Islam.
TENAGA PENGAJAR AL-MUMTAZ
• MUHAMMAD SHARIFF B MD AZHARI
• RAJA MOHD SUFFIAN B RAJA ABDUL RAHMAN
TARIKH
• 3 MAC 2007
• BERSAMAAN 13 SAFAR 1428
• HARI SABTU
• 9.00 PG – 12.00 TGHARI
OBJEKTIF PROGRAM
• MEMBERI KEFAHAMAN TENTANG PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK MASING-MASING
• MENDEDAHKAN KEPENTINGAN DAN PERANAN ILMU DUNIAWI MAHUPUN UKHRAWI DALAM MEMBENTUK GENERASI BERILMU
• MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ DALAM SEMUA BIDANG UNTUK MEMBENTUK SEMULA KEAGUNGAN TAMADUN ISLAM
• MENYEDARKAN ANAK-ANAK DALAM MENJAGA PERASAAN KEDUA IBU BAPA YANG TELAH BERSUSAH-PAYAH MELAHIRKAN MEREKA
PERLAKSANAAN PROGRAM
• MENGADAKAN MESYUARAT ANTARA TENAGA PENGAJAR UNTUK TARIKH PROGRAM
• MESYUARAT DENGAN AMIR, AMIRAH DAN AJK UNTUK MEMBERI CADANGAN BAGI PROGRAM TERSEBUT
• MEMINTA BANTUAN SAHABAT DARIPADA UDM KUSZA; 1 PENGERUSI, 2 AHLI PANEL, 3 PEMBANTU MUSLIMIN, 4 PEMBANTU MUSLIMAT DAN SEORANG PEMBUAT KAIN RENTANG
TENTATIF PROGRAM
9.00 - 9.15 pg : Ketibaan ibu bapa
9.15 - 9.30 pg : Bacaan Al-Quran dari pelajar MUMTAZ
9.30 -10.00 pg : Sejarah ringkas Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Mumtaz
10.00 -11.00 pg : Slot Peranan Ibu Bapa dalam penjagaan Al-Quran anak-
anak
11.00 - 11.20 pg : Slot 5 minit bersama tenaga pengajar MUMTAZ
11.20 - 12.00 tgh : Jamuan ringan ,bersurai.
LAPORAN KEWANGAN
WANG KELUAR
PERKARA RM PERKARA RM
- BARANGAN MYDIN 26.00
- BARANGAN PHUA 21.00
- KAIN RENTANG 22.00
- CAT/BERUS 15.00
- SUMBANGAN KHAT 30.00
- BATERI 3.00
- AIS 3.00
- MINYAK KERETA 30.00
- POLISTERIN 7.00
- MAKANAN 140.00
- SUMBANGAN PEMBANTU 115.00
JUMLAH 412.00
WANG MASUK
- DERMA IBU BAPA 325.00
- PENAUNG 100.00
JUMLAH 425.00
BAKI (TABUNG PELAJAR) 13.00
PENUTUP
Pihak kami merakamkan jutaan penghargaan kepada semua warga Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Mumtaz dan ibu bapa/penjaga yang hadir dan memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program yang telah dirancang.Dalam kesempatan ini ,kami tenaga pengajar ingin memohon kemaafan di atas segala kekurangan , kelemahan kami sepanjang kami menjalankan program tersebut. Diharap segala pengisian program Majlis Tautan Muhibbah yang telah dilaksanakan ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T dan dimanfaatkan bersama.
“GENERASI HUFFAZ PENCETUS KETAMADUNAN ISLAM”
Disediakan oleh,
(MUHAMMAD SHARIFF B MD AZHARI)
Posted by MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-MUMTAZ at 7:11 AM 1 comments
أهلا وسهلا ومرحبا بكم
SELAMAT DATANG....
Ini adalah laman blog MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-MUMTAZ yang pertama.. pihak kami sedang mempertingkatkan lagi laman ini untuk tujuan memberi maklumat tentang Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Mumtaz ini di samping memperkembangkan dakwah Islam kita.
Sebarang komen boleh diajukan kepada webmaster kami.
والله أعلم
Posted by MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-MUMTAZ at 10:31 PM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)